7 Sept 2011

Ke Mana Perjuangan Pas Sebenarnya?

Kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengagungkan pengganas komunis berbanding anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong adalah bukti jelas bahawa perjuangan parti itu sudah jauh terpesong.
Jika dahulu fatwa agama menjadi bahan dagangan politik oleh pemimpin Pas tetapi kini, sejarah kemerdekaan negara pula mahu ‘diwarnakan’ mengikut acuan sekutu rapatnya DAP.
Semenjak Pas bekerjasama dengan Dap, parti itu sudah tiada pendirian sehingga sanggup mengkhianati amanat pemimpin Pas terdahulu. apatah lagi menghina pejuang-pejuang yang terdahulu melawan komunis.
 
 Kenyataan biadap serta buta sejarah daripada Mat Sabu kerana ulama pimpinan Pas juga sering ubah fatwa demi kepentingan politik. Dalam konteks politik hari ini, Pas sanggup gadai apa sahaja demi undi bukan Melayu.
Dulu jalin hubungan politik dengan orang kafir jadi kafir dan masuk neraka. Sekarang boleh pula dan negara Islam pun sudah bertukar kepada negara kebajikan. Dakwa pula negara Islam tiada dalam al-Quran sedangkan, sebelum ini pejuang-pejuang Pas sanggup mati demi negara Islam.
Kalimah Allah juga sanggup digadai Pas. Jadi bagi Mat Sabu kalau sekadar ubah sejarah untuk raih sokongan Cina dan bodek DAP mungkin padanya tidak salah. Kalau ulama dalam Pas boleh kencing berdiri, Mat Sabu pula kencing berlari.

No comments:

Post a Comment