27 Sept 2011

LGE Buat Rakyat Johor Marah

Sekali lagi pemimpin Pakatan Rapu (PR), Lim Guan Eng, Setiausaha DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merapu dan membuat tuduhan semasa sesi temuramah di sebuah stesyen radio di Australia. Beliau menuduh kononnya Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang. Pada pandangan TS, ini merupakan satu lawak jenaka yang 'sangat bijak' dilakukan oleh seorang pemimpin PR sehingga menimbulkan KEMARAHAN RAKYAT NEGERI JOHOR. 

Apakah tujuan beliau membuat kenyataan sedemikian rupa di negara orang? Ia bukan hanya memalukan & memberi kesan kepada negeri Johor tetapi juga kepada negara termasuklah Pulau Pinang. Banyak lagi kaedah lain sekiranya beliau mahu  menarik pelabur asing khususnya Australia untuk melabur di Pulau Pinang bukan dengan cara mensabotaj Johor yanng ternyata mampu menarik pelabur asing berbanding Pulau Pinang.  Namun, TS tidak hairan dengan pemimpin-pemimpin PR yang terkenal dan sememangnya gemar bermain politik dengan cara kotor. Tindakan beliau ini hanya menunjukkan beliau adalah seorang yang dangkal dan bercakap tidak berlandaskan fakta yang tepat.

Rakyat Johor menuntut agar beliau menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf di atas keceluparan beliau.

TS berpendapat bahawa adalah lebib baik Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah memerintah selama 3 tahun untuk memajukan Pulau Pinang, menarik lebih ramai pelabur dan memberi keadilan kepada semua kaum sebagaimana yang PR laung-laungkan. Kemajuan Pulau Pinang sebelum ini adalah dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat mahu melihat apakah sumbangan DAP kepada Pulau Pinang selama mereka memerintah.

LGE sepatutnya lebih memberi fokus untuk mendepani dan menyelesaikan pelbagai isu di Pulau Pinang. Selesaikan dan buktikan isu berkaitan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana yang beliau dakwa telah dibina sebanyak 11, 596 buah. Perbetulkan kepincangan kepimpinan sendiri sebelum sibuk dengan hal orang lain. Kuman di seberang tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak.

Sila klik di sini untuk mendengar sendiri tindakan beliau memburuk-burukkan Johor

p/s Mana-mana pemimpin di dalam Pakatan Rapu jangan berani-berani turun Johor sebab LGE kata Johor tak selamat dan mudah kena colek.. tak perlu la sibuk-sibuk nak rebut kerusi DUN / Parlimen kat Johor yea.. tak payah sibuk-sibuk nak buat pelbagai program nak 'racun' rakyat Johor.. Bahaya kat Johor nie..

1 comment:

  1. banyak pekara yang LGE uat semuanya paly safe dan sebagai tanda ukur untuk dia melihat respon dan sokongan terhadap Pakatan rakyat yang di ketuai oleh DAP sendiri, semua ini sekadar menguji betapa pencacai yang sanggup menjadi pak turut memberi respon, DAP lebih Bijak... menjadikan PAS dan PKR sebagai pencacai

    ReplyDelete