12 Sept 2011

Tangguh Cukai Perkhidmatan 6%?

Ramai yang memberi pelbagai respon apabila syarikat telekomunikasi mengumumkan bahawa cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%)  akan dikenakan untuk pembelian tambah nilai prepaid & simpack prepaid. Kebanyakan masyarakat yang ditemui khususnya golongan muda membantah dan tidak berpuas hati sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan pada 15 September 2011. Mereka menyalahkan pihak Kerajaan yang dikatakan tidak peka dengan keadaan rakyat yang terpaksa menanggung pelbagai beban, merampas duit rakyat dengan pelbagai cukai tetapi kononnya rakyat tidak merasa hasil pembayaran cukai tesebut. Apa yang berlaku sebenarnya, keputusan tersebut dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut yang tidak mahu memikul beban cukai perkhidmatan dan sebaliknya dikenakan ke atas pengundi. Oleh itu, bagi mereka yang kurang faham, pasti akan melenting dan terus menyalahkan pihak Kerajaan.


Kebanyakkan pengguna produk syarikat-syarikat telekomunikasi mengharapkan agar perbelanjaan yang dikeluarkan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Masalah gangguan liputan rangkaian dan liputan rangkaian tidak menyeluruh khususnya di kawasan luar bandar menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pengguna. Oleh itu, seharusnya syarikat-syarikat telekomunikasi sentiasa melakukan usaha-usaha untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberi dan bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata. Pengguna yakin bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi saban tahun meraih keuntungan yang besar hasil kesetiaan para pengguna. Peniaga yang ditemui turut merungut kerana  ia hanya akan menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa menyediakan syiling dan tidak memberikan keuntungan kepada mereka.


Rakyat khususnya pengguna talian telefon prabayar sudah pasti menarik nafas lega apabila semua syarikat telekomunikasi bersetuju untuk MENANGGUHKAN kutipan cukai 6% tersebut sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diadakan. Walau bagaimanapun, respon yang diterima daripada rakyat adalah mereka mahukan agar kutipan cukai sebanyak 6% tersebut DIBATALKAN sahaja agar tidak membebankan rakyat. Mereka mahukan agar Kerajaan khususnya SKMM bertegas terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut.

p/s Guna botol kaca jer la... bila nak pakai ketuk..ting ting ting... :D

1 comment:

  1. Satu lagi langkah bijak kerajaan(SKMM) dalam menangani masalah peningkatan BIL BIL yang sedia ada. Syabas dan tahniah sekiranya rancangan trsebut terus dibatalkan.

    ReplyDelete