9 Feb 2015

FINALE LIWAT II

Update dari http://www.bharian.com.my

Selasa, 10 Februari 2015 @ 7:29 AM 

PUTRJAYA: Peguam Muhd Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus tiba di perkarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 6.30 pagi. Beliau kelihatan tenang, selain sempat menunaikan solat subuh di surau bangunan Istana Kehakiman, di sini, sebentar tadi.

Dianggarkan hampir 100 orang terdiri daripada pihak polis, media dan penyokong Anwar sudah berada di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini. - Foto NSTP

Selasa, 10 Februari 2015 - 7:36AM
PUTRAJAYA: Hampir 100 orang terdiri daripada anggota polis, media dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini bagi mengikuti keputusan rayuan kes liwat ketua pembangkang itu.

Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:05 AM  

PUTRAJAYA: Kira-kira 200 penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berhimpun di luar perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini untuk berarak menuju Istana kehakiman kira-kira jam 8.30 pagi nanti. Mereka mula berkumpul di masjid berkenaan seawal jam 6 pagi tadi.

Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:20 AM 
 
PUTRAJAYA: Dianggarkan lebih 400 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berhimpun di sekitar pekarangan Istana Kehakiman di sini, bagi menanti keputusan rayuan sabitan kes liwat ketua pembangkang itu oleh Mahkamah Persekutuan, pagi ini.
 
Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:28 AM

        

PUTRAJAYA: Peguam pemerhati yang mewakili Muhd Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus mengesahkan anak guamnya, tidak akan menghadiri prosiding pagi ini.Hari ini Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan menentukan nasib Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.
 
Selasa, 10 Februari 2015 @ 9:12 AM
KETUA pembangkang, Datuk Seri Anwar tiba dengan memasuki laluan belakang Istana Kehakiman, Putrajaya jam 9 pagi ini. - Foto NSTP
 
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman sebentar tadi untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Anwar, 67, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba jam 9 pagi diiringi ahli keluarganya termasuk isteri yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Anwar bagaimanapun tidak meluangkan masanya untuk berada di pekarangan Istana Kehakiman bertemu penyokongnya yang sudah mula berhimpun seawal jam 7 pagi lagi.

Turut hadir, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, turut sama. 

Terdahulu, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwa raya, tiba di Istana Kehakiman dan memasuki kamar perbicaraan jam 8.56 pagi tadi.

KETUA pembangkang, Datuk Seri Anwar tiba dengan memasuki laluan belakang Istana Kehakiman, Putrajaya jam 9 pagi ini. - Foto NSTP


 
 
Selasa, 10 Februari 2015 @ 9:32 AM
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya sebentar tadi untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Foto Effendy Rashid
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya mampu bertawakal dan berdoa menanti keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya hanya bertawakal dan berdoa. Saya sudah melaluinya banyak kali," katanya ketika berbual dengan wartawan sejurus tiba di dalam kamar perbicaraan di Istana Kehakiman.

Anwar, 67, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba jam 9 pagi diiringi ahli keluarganya termasuk isteri yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Ditanya mengenai khabar beliau, Ketua Pembangkang itu sekadar berkata:
"Que sera sera (Apa yang akan terjadi, akan terjadi). Perasaan saya sama macam anda semua, hanya menunggu."

Selasa, 10 Februari 2015 @ 10:20 AM
 
PUTRAJAYA: Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mula bersidang jam 10 pagi tadi.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel itu mula membacakan penghakiman.

Anggota lain panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

 
 

No comments:

Post a Comment