7 Feb 2015

Pengikut Minta Kepimpinan PAS Pecat Pensabotaj



Agak-agaknya, siapakah DALANG KOMPLOT JAHAT yang dimaksudkan oleh DPP Kuantan nie? 
         ......................................................................................

Dewan Pemuda PAS Kuantan, Pahang mendakwa terdapat komplot terancang didalangi beberapa pemimpin tertinggi parti itu bagi menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan kepemimpinan ulama. 

Berikutan itu lebih 300 ahli Dewan Pemuda PAS Kuantan berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut di sini pagi tadi bagi mendesak PAS memecat mereka yang terbabit dengan komplot itu. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim, berkata pihaknya mempunyai banyak bukti kukuh termasuk akuan berkanun daripada individu terbabit dengan komplot menjatuhkan Abdul Hadi selaku Presiden PAS.

"Kebelakangan ini terdapat satu komplot jahat dilihat secara konsisten menyusun dan merancang strategi untuk menguasai PAS Pusat dan menjatuhkan Presiden serta kepemimpinan ulama melalui kerja-kerja khianat di luar batasan Islam.

"Mereka juga memfitnah pemimpin dilihat bersama Tuan Guru Presiden PAS seperti Setiausaha Agung dan ahli keluarga Presiden," katanya pada sidang media di sini.

Fadhli turut mendakwa kumpulan itu mensabotaj setiap keputusan dibuat Presiden dan Majlis Syura Ulama kerana tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

"Oleh itu DPP PAS Kuantan merasakan ahli parti perlu disedarkan mengenai kewujudan komplot jahat untuk menjatuhkan Presiden dan kepemimpinan ulama.

"Kami juga mendesak mereka yang terbabit dengan komplot jahat itu supaya meletak jawatan," katanya.

                  
  

No comments:

Post a Comment