9 Feb 2015

Mahkamah Persekutuan Tangguh Sementara Prosiding Kes Anwar Untuk Hujahan Sabitan

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini menangguhkan sementara prosiding bagi membolehkan hujahan dikemas kini untuk rayuan balas berhubung hukuman bagi sabitan kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya.


Keputusan itu dibuat Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim, selepas membuat penghakiman menolak rayuan terakhir Anwar dalam kes itu.

Hakim-hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan alasan ia tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada Mohd Saiful.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful serta memberi alasan hakim perbicaraan terkhilaf dalam keputusan beliau tentang sampel berkenaan, yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment