4 Mar 2013

Lahad Datu - Satu Sandiwara?

Nie apa cerita nie... apersal pemimpin masyarakat dan penduduk pelbagai kaum di Lahad Datu mengaruk nie.. masing-masing marah, mengecam, mengutuk pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan dan mengganggu keamanan dan kesejahteraan kehidupan seharian mereka..  menceroboh kedaulatan Malaysia!!! Bukan ke ada pihak yang kata INI SEMUA LAKONAN, INI SEMUA SANDIWARA UMNO..seperti yang berlaku dalam Tragedi MEMALI.. ramai betul tenaga pelakon yang digunakan untuk menjayakan episod demi episod sandiwara nie???? SANDIWARA KEPALA HOTAK KORANG LAH!!!!

PENDUDUK KUTUK TINDAKAN KUMPULAN BERSENJATA
Lahad Datu, 4 Mac - Masyarakat pelbagai kaum di daerah Lahad Datu mengutuk tindakan pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini.



Mereka berpendapat keengganan kumpulan itu untuk pulang ke negara asal mereka sebagai tidak menghormati usaha aman yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

"Mereka (penceroboh) bukan sahaja telah menyebabkan kematian anggota keselamatan negara yang kami sayangi, tetapi menyebabkan segelintir urusan masyarakat di sini terjejas sedikit," kata Ketua Daerah Lahad, Sulaiman Atok kepada pemberita di sini.

Beliau juga berharap kira-kira 300,000 penduduk Lahad Datu membantu kerajaan dengan menyalurkan maklumat berkaitan kumpulan itu, yang menggelarkan diri sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu, kepada pihak berkuasa.

Jelasnya, langkah itu adalah bijak daripada menyebarkan maklumat melalui laman web sosial seperti Facebook yang boleh digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencemaskan masyarakat.

Dalam pada itu, Sulaiman juga meminta pihak berkuasa memandang serius dengan menyiasat khabar angin yang disebarkan.

Pemaju Mukim Segama Eddy @ Hassan Wedley pula tidak menduga keselamatan dan keamanan di Lahad Datu boleh terancam dengan kehadiran penceroboh tersebut.

Beliau berkata semua kawasan Rukun Tetangga di mukim Segama telah meningkatkan rondaan malam bagi mengelak kehadiran orang asing yang akan mengganggu ketenteraman di lima kampung di bawah mukim tersebut.

Sementara itu, Penyelia Masyarakat Lahad Datu, Saidin Separudin, meminta agar insiden pencerobohan itu tidak dipolitikkan.

"Ini melibatkan kedaulatan negara. Saya sangat kesal golongan tertentu lebih berminat mempolitikkan isu ini sedangkan keselamatan penduduk di sini terancam, " jelasnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment