7 Mar 2013

YAB PM TOLAK GENCATAN SENJATA

Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, hari ini meminta agar diadakan gencatan senjata susulan situasi semasa di Lahad Datu termasuk serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas kumpulan yang menceroboh wilayah Sabah sejak hampir sebulan lalu.

Selain itu, Jamalul juga meminta agar pasukan yang setia kepada beliau meletakkan senjata.Beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mahu gencatan senjata (di pihak) Kesultanan Sulu berkuat kuasa 12.30 tengah hari ini (Khamis)," kata jurucakapnya Abraham Idjirani di sini. Katanya, langkah itu diambil susulan permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam.

Idjirani berkata, meskipun gencatan senjata diumumkan tindakan mempertahankan diri akan diteruskan jika terus diserang.P ihak Kesultanan Sulu berkata 10 anggotanya maut manakala empat yang lain cedera dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia kelmarin dan semalam manakala 10 yang lain ditahan pihak Malaysia.

Najib Namun, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia MENEGASKAN bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Najib, yang melawat Sabah selepas tiga hari pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, berkata presiden Filipina Benigno Aquino III telah menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata.

"Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat 16, di Lahad Datu hari ini.

No comments:

Post a Comment