8 Mar 2013

Saiful - Jangan Terpedaya Permainan JIJIK ANwar

Saiful telah menafikan dakwaan bapanya bahawa kes Liwat II satu konspirasi yang melibatkan seorang Pegawai Khas di Pejabat PM. Kata Saiful, bukan sahaja bapanya malahan ramai ahli keluarganya didatangi pihakpihak tertentu untuk mengganggu kesnya.
Kali terakhir beliau menemui bapanya adalah pada hari Isnin lalu dan kali terakhir menghubungi bapanya melalui telefon semalam. Menurut Saiful, sidang media bapanya dianjurkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Johari Abdul dan beliau hanya mengetahui sidang media itu diadakan melalui peguamnya selepas solat Jumaat.
Berikut merupakan kenyataan media Saiful Bukhari bagi menjawab kenyataan bapanya.
Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
 
Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
 
Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
 
Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.
 
Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
 
Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
 
Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
 
Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.
 
Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.

Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
 (MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)

 

No comments:

Post a Comment