Semua pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan
PUTRAJAYA
11 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua pangkat dalam
perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) disetarakan dengan perkhidmatan awam am selaras dengan perubahan
lapisan serta gred jawatan atau gred gaji.
Pengumuman Perdana
Menteri itu mencakupi perubahan skop, fungsi, tugas, struktur pangkat
juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
Contohnya
kata Najib, pangkat koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam
kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22
perkhidmatan awam am.
Pangkat sarjan yang dulunya gred 27 kini disetarakan dengan gred gaji 29 perkhidmatan awam am.
Manakala bagi pangkat kapten dalam ATM dan Penolong Penguasa Polis
dalam PDRM yang sebelum ini gred gaji 41 kini disetarakan kepada gred
gaji 44.
Bagi pangkat mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis pula akan disetarakan dari gred gaji 41 kepada 46A.
Pangkat kolonel dalam ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis (PDRM) disetarakan dari gred gaji 48 kepada gred 52. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment