3 Mar 2013

Sempoerna Tenang, 6 Orang Anggota Keselamatan Terkorban Dikenalpasti

Selepas kejadian serangan hendap yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dan telah mengorbankan 6 orang anggota keselamatan, keadaan kembali tenang di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sempoerna. Kawalan masih dilaksanakan oleh anggota tentera dan Polis. 

Polis sudah mengenal pasti enam anggotanya yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan penjenayah di Kampung Seri Jaya Simunul, Sempoerna.
 



Mereka adalah: 

1. Pegawai cawangan khas Bukit Aman, Superitendan Ibrahim Lebar

 2. Ketua cawangan khas daerah Semporna, Asisten Superitendan Michael Padel

 3. Pegawai cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Baharin Hamit 

4. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Sarjan Aziz Sarikun 

5. Anggota cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Koperal Salam Tongiran 

6. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran.


Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ia sudah dimasukkan ke Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
Sesungguhnya, merekalah wira negara yang mempertahankan kedaulatan Negara. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment