TERKINI DARI PDRM SABAH : LAHAD DATU - OPS SULU
LAHAD
Datu , 3 Mac 2013 (Ahad) 5.00 petang - YDH Dato' Pahlawan Hj. Hamza Bin
Taib , Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengadakan sidang media berkenaan
kedudukan terkini kes di Lahad Datu. Menurut YDH PJP Sabah keadaan
keselamatan di Kampung Tanduo Lahad Datu, Semporna dan Kunak adalah
dalam keadaan terkawal.
YDH PJP Sabah menegaskan orang ramai agar tidak
mempercayai khabar angin yang tidak berasas tentang kejadian sekarang.
Pengawal keselamatan iaitu pihak polis dengan kerjasama pihak angkatan
tentera sedang mengenal pasti sebelum pihak keselamatan melakukan
tindakan drastik kepada penceroboh yang masih tinggal di Kampung Tanduo
walaupun kita telah mengedarkan risalah untuk mereka menyerah diri.
Setakat ini, pihak polis telah menangkap 3 orang penceroboh yang
cuba keluar daripada kawasan perairan Malaysia. Tambah YDH PJP Sabah
lagi, keadaan di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna masih dalam keadaan
terkawal, walaubagaimanapun pasukan
keselamatan sedang berusaha merapati tempat persembunyian musuh.
Manakala pada pagi tadi di Kampung Sinalang Lama, Semporna salah
seorang daripada penjenayah yang terlibat dalam kejadian serang hendap
di Kampung Sri Jaya Lama telah menyelinap dan menaiki pantai kampung
tersebut dan penjenayah itu telah menjadikan orang kampung itu sebagai
tebusan di mana penjenyah itu menggunakan selaras senjata M16 dan graned
launcher di mana 20 orang pemuda yang dijadikan tebusan tersebut telah
menyerang dan mengambil tindakan dengan memukul penjenayah tersebut
sehingga mati.
YDH PJP Sabah juga menegaskan bahawa tiada
pengistiharan perintah berkurung dikeluarkan terhadap mana-mana kawasan
di daerah Lahad Datu dan orang ramai boleh menjalani rutin kehidupan
mereka seperti biasa.
YDH PJP Sabah memberitahu bahawa
usaha-usaha sedang dilakukan oleh pasukan keselamatan untuk mengeluarkan
5 orang polis yang terkorban dalam kejadian di Semporna pagi tadi.
No comments:
Post a Comment