Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menyelar tindakan Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan mempertikaikan keputusan
kerajaan negeri menguatkuasakan larangan masuk ke atas beberapa individu
dari Semenanjung, termasuk pemimpin pembangkang ke Sarawak.
Malah, beliau mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk menyamannya dan kerajaan negeri sekiranya tidak berpuas hati dengan perintah itu.
Malah, beliau mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk menyamannya dan kerajaan negeri sekiranya tidak berpuas hati dengan perintah itu.
"Siapa Anwar (Ibrahim).... kita tidak pernah
gentar dengan individu bernama Anwar (Ibrahim). Beliau cukup bernasib
baik kerana kita masih membenarkannya masuk ke negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Teh, di sini, sebentar tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata negeri ini sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.
"Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya. Tidak perlu ada orang luar datang sini untuk menimbulkan kekacauan di sini," katanya.
No comments:
Post a Comment