25 Mar 2014

Datuk Seri Hishammudin Sindir Wartawan China




He was asked by a Chinese journalist why it took so long to use the Inmarsat data which came through on March 12.
He responded by saying: “Can I also remind you that we received satellite data from China involving sightings in the South China Sea, which made us detract ourselves from the search and rescue to search areas we already searched, and it was found to be negative.”


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien On, yang bosan dengan sikap media China yang mempertikaikan kemampuan gerakan mencari MH370 hari ini menyindir wartawan China.

Menurut Hishammudin, Malaysia memberi respon kepada semua maklumat yang diberikan bagi mencari MH370. Ini termasuklah maklumat tidak tepat dari negara China sendiri yang menyebabkan pasukan mencari terpaksa mencari semula di Laut China Selatan walaupun telah sahkan tiada tanda sebelum ini.

Photo
Wartawan dari negara China sama ada tidak mengikuti dengan terperinci siasatan ini atau sekadar mahu menjadikan kerajaan Malaysia sebagai kambing hitam.

Sebenarnya, pasukan mencari telah dikerah ke Lautan Hindi sebaik menerima maklumat daripada Inmarsat. 

Amerika Syarikat telah menggerakkan pencarian di Lautan Hindi sejak 14 Mac 2014 lagi. Justeru dakwaan pasukan mencari tidak mencari lebih awal di Lautan Hindi sangat tidak tepat. Sebaik maklumat diperolehi, Perdana Menteri mengumumkan pencarian dikecilkan kepada dua kawasan yang turut membabitkan Lautan Hindi.
Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri pada 15 Mac 2014
Kami menjalankan operasi mencari di darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pada setiap peringkat, kami bertindak berdasarkan maklumat yang disahkan dan kami memberi tumpuan terhadap setiap petunjuk yang boleh dipercayai.
Memang wujud pelbagai spekulasi. Kami faham keperluan mendesak untuk mendapatkan maklumat bagi pihak keluarga terbabit dan mereka yang memerhati di seluruh dunia. Namun demikian, tanggungjawab kami kepada penyiasatan dan keluarga terbabit adalah untuk hanya mengeluarkan maklumat yang sudah disahkan. Dan perkara yang memberi motivasi kepada kami ialah untuk mencari pesawat berkenaan.
Dalam fasa pertama operasi mencari, kami melakukan pencarian berhampiran posisi terakhir MH370 yang diketahui iaitu di Laut China Selatan. Pada waktu yang sama, kami dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bahawa menurut radar utama mereka, sebuah pesawat udara – yang identitinya tidak dapat disahkan – telah berpatah balik. Data radar utama ini menunjukkan bahawa pesawat udara berkenaan menggunakan laluan penerbangan yang membawanya ke satu kawasan di utara Selat Melaka.
Berdasarkan data yang boleh dipercayai ini, yang kemudiannya disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan, kami meluaskan kawasan mencari hingga meliputi Selat Melaka dan kemudiannya Laut Andaman.
Kerajaan Malaysia bukan sahaja mengkoordinasi pencari di Lautan Hindi tetapi juga di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Andaman. Boleh dikatakan pasukan mencari menumpukan setiap kawasan yang mampu sampai oleh MH370 sebelum mengecilkan skop ke Lautan Hindi berdasarkan pelbagai maklumat yang munasabah yang diteriam kemudiannya.

Mengesan pergerakan kapal terbang oleh satelit bukan semudah menonton televisyen. Terdapat puluhan pesawat terbang setiap masa, dan pelbagai pihak yang mempunyai kemampuan satelit pengesan perlu melakukan analisis bagi menentukan yang mana satu MH370.
Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth.
Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi.
Berdasarkan maklumat data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan perasaan penuh sedih dan terharu malam ini mengumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bahawa pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
Satelit Inmarsat telah memainkan peranan penting bagi membantu mengesan kehilangan pesawat MH370 sejak berita kehilangan MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu.
Tujuh hari selepas pesawat MAS itu hilang, satelit Inmarsat dilapor menerima isyarat ‘ping’ daripada pesawat MH370 lima jam selepas kapal terbang itu hilang dari radar.
Sebuah satelit Inmarsat turut mengesan isyarat ‘jabat tangan’ (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi.
Data itu turut mengalih tumpuan operasi mencari dan menyelamat dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi dan bahagian daratan sehingga ke Turkmenistan dalam satu operasi mencari yang dilancarkan secara besar-besaran melibatkan 26 buah negara.
Inmarsat ditubuhkan pada 1979 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang juga merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada masa ini, Inmarsat memiliki 10 buah satelit terletak pada ketinggian 35,786 kilometer dari paras bumi termasuk satelit Inmarsat-5, Alphasat, I-3, I-4 dan Inmarsat-2. – UTUSAN                                                                                                                                   

1 comment:

  1. it is unfortunate that the tragedy happens and very little is known for certain, but for our own people to propagate sinister claims and accusations against the Malaysian government is like enabling fragile motive that many will begin to find or making links with.We are of a multiracial sort, still we have a duty to THE LAND we call home! to cook dangerous remarks is to make explosion is your own house! leave this house if you think it is no longer suitable for you!

    ReplyDelete