26 Mar 2014

Dr. Kassim Ahmad Hadap 2 Pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah

 


Bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama pada 15 dan 16 Februari lalu. 
 
Kassim, 81, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu yang didakwa dilakukan dalam sebuah seminar dianjurkan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini. 

Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan mengikut Seksyen 7(B) dan 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Hakim Syarie Umamuddin Yunus membenarkan Kassim diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 7 April ini untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment