22 Apr 2014
Dr. Afifi Al-Akiti : Anak Melayu Malaysia Pertama Menjadi Felo dan Pensyarah Di Universiti Oxford
21 Apr 2014
MERS-COV: BERHATI-HATI APABILA KE TIMUR TENGAH
20 Apr 2014
MH 192 BERPATAH BALIK DAN SELAMAT MENDARAT DI KLIA

Menurut penumpang yang ditemui, juruterbang pesawat MH192, Kapten Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang, Prakash Kumar J, sentiasa memberikan maklumat terkini setiap 20 minit sepanjang mereka berada di ruang angkasa Malaysia sebelum mendarat.
Malah, mereka turut memuji cara juruterbang itu mendaratkan pesawat Boeing B737-800 itu dengan selamat walaupun terdapat kerosakan pada roda peralatan pendaratan pesawat itu. Pesawat dengan 159 penumpang dan tujuh anak kapal itu melakukan pendaratan kecemasan sekembalinya ke KLIA pada pukul 1.56 pagi tadi dengan selamat.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut bergegas ke KLIA untuk berjumpa sendiri dengan semua penumpang dan anak-anak kapal. Setibanya beliau di KLIA pada pukul 3.15 pagi, beliau diberikan taklimat oleh Pengarah Urusan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

SIASAT KEMUNGKINAN BERLAKU SABOTAJ
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta pihak polis menyiasat kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap Malaysia Airlines (MAS) berikutan pelbagai kejadian yang menimpa syarikat penerbangan itu kebelakangan ini.
Tunku Mahkota Johor Sedia Melepaskan Jawatan Presiden PBNJ
19 Apr 2014
"erumah.johor.gov.my" mohon rumah di Johor secara on-line
18 Apr 2014
Pantau Kesihatan Jemaah Umrah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah supaya memantau kesihatan pelanggan mereka bagi mengelakkan jangkitan sindrom pernafasan "Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus" (MERS-CoV).
Beliau berkata mereka harus memastikan kesihatan jemaah umrah di bawah jagaan mereka ketika di Mekah dalam keadaan baik dan sekiranya ternampak sebarang tanda yang boleh dikaitkan dengan virus berkenaan supaya segera dirujuk ke klinik atau hospital berhampiran.
"Mereka (pesakit) harus dirujuk dengan cepat ke hospital, jangan tunggu pulang ke Malaysia. Kerajaan Arab Saudi juga ada menyediakan hospital untuk jemaah," katanya.
Jemaah yang ingin menunaikan umrah juga tidak boleh bersikap sambil lewa serta mengambil mudah terhadap rekod perubatan hanya kerana rekod berkenaan perlu diisi sebelum menunaikan umrah.
Ini kerana terdapat jemaah umrah yang takut untuk menerima suntikan menyebabkan mereka menipu dengan mengatakan telah mengambil suntikan, kata Jamil Khir.
"Kalau kesihatan tidak 100 peratus memuaskan pastikan dahulu (keadaan) kesihatan dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan untuk pergi menunaikan umrah," katanya.
Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengesahkan kematian seorang lelaki pada 13 April lepas yang baru pulang daripada mengerjakan umrah adalah akibat dijangkiti sindrom pernafasan MERS-CoV, yang juga merupakan kes pertama dilaporkan di Asean. - Bernama
Sistem e-rumahjohor Mudahkan Permohonan Rumah Rakyat Johor
Beliau berkata sistem itu yang dibangunkan menerusi kerjasama kerajaan negeri dan Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT) bertujuan memudahkan rakyat di negeri itu membuat permohonan.
"Sistem ini beroperasi bagi memudahkan orang awam untuk mendaftar dan memohon rumah mampu milik dan kos rendah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri secara dalam talian," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (MISTI Johor 2014) hari ini.
Beliau berkata sistem itu juga boleh dilayari menerusi portal rasmi kerajaan negeri atau terus ke erumah.johor.gov.my
Menurut Mohamed Khaled, kewujudan aplikasi erumahjohor juga akan meningkatkan kecekapan kerajaan negeri dari segi mengutamakan daerah atau kawasan yang lebih memerlukan pembangunan projek perumahan mampu milik.
Aplikasi ini juga akan membantu kerajaan negeri merancang dengan lebih teliti, selain memastikan bekalan rumah yang tidak melebihi permintaan serta tidak membebankan pemaju perumahan yang terlibat, katanya.
Sehingga ini katanya, kerajaan telah menerima 40,000 permohonan secara manual daripada rakyat Johor untuk mendapatkan rumah mampu milik.
Kerajaan negeri kata Mohamed Khaled telah mengumumkan pembinaan 28,000 unit Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor dalam tempoh lima tahun akan datang bermula 2013.
Sementara itu beliau turut berkata kerajaan negeri sedang mengkaji untuk meningkatkan kemudahan capaian Internet menerusi perluasan perkhidmatan Wi-fi di tempat-tempat tumpuan utama masyarakat.
Untuk peringkat awal katanya, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan Hotspot Wi-fi di 100 lokasi termasuk di Iskandar Malaysia. - Bernama