1 Apr 2014

SKMM Diminta Siasat dan Ambil Tindakan Tegas Terhadap RBA

Kerajaan diminta menyiasat secara terperinci aktiviti tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang didakwa sering memfitnah serta memburukkan pemimpin negara sehingga menimbulkan curiga mereka mungkin tali barut media asing.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, RBA dilihat begitu kebal dan gemar menghebahkan berita berunsur fitnah, namun tiada sebarang tindakan dilihat diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap dalangnya. 

“Saya persoalkan kenapa SKMM tidak ambil tindakan, bukan susah untuk kenal pasti identiti mereka. Apa kerja SKMM sebenarnya? Jangan sampai gerakan siber ini mengeruhkan lagi keadaan dalam negara,” katanya.

SKMM perlu serius menangani perkara itu kerana ia bukan lagi satu permainan, sebaliknya RBA ada agenda tersendiri dalam usaha mencemarkan imej negara.  
Singapura, contohnya, mewujudkan sedikit kawalan terhadap internet, malah Amerika Syarikat yang kononnya mengamalkan kebebasan bersuara, turut mengekang sepenuhnya aktiviti yang boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara mereka.

Sementara itu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata kerajaan wajar mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia yang mungkin menyebabkan pihak berkuasa terikat sehingga undang-undang dilihat lebih penting daripada keselamatan negara.          
 


No comments:

Post a Comment