11 Apr 2014

JOHOR Komited Bangunkan Sektor Pertanian

Kerajaan Negeri akan terus komited membangunkan sektor pertanian bagi memastikan Johor terus menjadi pengeluar utama makanan negara walaupun kita akan menyaksikan satu lagi sektor iaitu minyak dan gas yang akan dibangunkan di Negeri Johor.

Selama ini kita telah lakukannya bersama sama dengan usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani apabila kita mewujudkan kawasan Ladang Pertanian Moden seluas 3,608 hektar di Air Hitam, Kluang. Sehingga kini projek tersebut telah berjalan selama lapan tahun di mana nilai pengeluaran daripada kawasan projek tersebut adalah sebanyak RM44.96 juta dan jumlah nilai pengeluaran ladang terkumpul dari tahun 2007-2012 adalah sebanyak RM238.17 juta.

Saya juga mengesyorkan pihak Kementerian Pertanian bersama sama melihat kepada Daerah Segamat untuk menjadi daerah yang menjurus ke arah sektor pertanian industri asas tani. Saya berharap dengan kerjasama peringkat kementerian, kita boleh bangunkan satu 'masterplan' bagaimana kita boleh membantu daerah Segamat membangunkan sektor ini.

           Photo: Kerajaan Negeri akan terus komited membangunkan sektor pertanian bagi memastikan Johor terus menjadi pengeluar utama makanan negara walaupun kita akan menyaksikan satu lagi sektor iaitu minyak dan gas  yang akan dibangunkan di Negeri Johor. 

Selama ini kita telah lakukannya bersama sama dengan usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani apabila kita mewujudkan kawasan Ladang Pertanian Moden seluas 3,608 hektar di Air Hitam, Kluang. Sehingga kini projek tersebut telah berjalan selama lapan tahun di mana nilai pengeluaran daripada kawasan projek tersebut adalah sebanyak RM44.96 juta dan jumlah nilai pengeluaran ladang terkumpul dari tahun 2007-2012 adalah sebanyak RM238.17 juta.

Saya juga mengesyorkan pihak Kementerian Pertanian bersama sama melihat kepada  Daerah Segamat untuk menjadi daerah yang menjurus ke arah sektor pertanian industri asas tani.  Saya berharap dengan kerjasama peringkat kementerian, kita boleh bangunkan satu 'masterplan' bagaimana kita boleh membantu daerah Segamat membangunkan sektor ini.

No comments:

Post a Comment