Pas dilihat keseorangan dalam mencapai hasrat parti itu untuk
melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila terus mendapat tentangan
daripada DAP.
Terbaru, DAP menegaskan, kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu
menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang
usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan itu juga
akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk
mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.
Pendirian kita jelas, Ahli Parlimen DAP tidak akan menyokong dalam
pelaksanaan hukum hudud. Saya difahamkan, tujuh Ahli Parlimen MCA, satu
daripada Gerakan dan empat daripada MIC juga telah menyatakan bahawa
mereka juga tidak akan menyokong usul tersebut," katanya dalam sidang
akhbar di sini hari ini sebagaimana yang disiarkan dalam portal berita
the Star Online.
Kerajaan Pas Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali
berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya
menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada
sekutu mereka sendiri.
Malah katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah
Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri
sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.
Sebelum ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan
Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa
hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan
membentang rang undang-undang itu akan ditentang.
Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan
keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang
Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu
menjelang 2015.
Dalam pada itu, Lip Eng berkata, sokongan satu pertiga daripada 222
Ahli Parlimen diperlukan untuk mencabar rang undang-undang itu.
Katanya, ketika ini 50 Ahli Parlimen sudah berada di pihaknya untuk menentang hukum hudud.
No comments:
Post a Comment